Wednesday, July 22, 2009
Thursday, December 11, 2008
MENYAHUT SERUAN ATAS RASA TANGGUNGJAWAB.
Walaupun bukan ahli BPN Kenari meyahut seruan untuk menyiarkan surat ini sebagai rasa tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.
SURAT INI DISIARKAN SEBAGAI SOKONGAN KEPADA USAHA MURNI SANG TAWAL MENULIS SURAT TERBUKA KEPADA BLOGGER YANG HINA AGAMA KITA.
Saudara se-negaraku surind Raj,
Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.
Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..
Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!
Thursday, August 21, 2008
Wednesday, August 20, 2008
KERAJAAN TIDAK AMAL DASAR DISKRIMINASI TERHADAP RAKYAT: NAZRI
Sumber New Sabah Times.