Wednesday, August 20, 2008

KERAJAAN TIDAK AMAL DASAR DISKRIMINASI TERHADAP RAKYAT: NAZRI

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, menolak dakwaan kononnya kerajaan mengamalkan dasar diskriminasi yang memecahbelahkan rakyat kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Menurut beliau apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini adalah mengikut apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini sejak negara mula mencapai Kemerdekaan.
Beliau mengesa agar semua ahli yang Berhormat agar menghormati keluhuran perlembagaan yang telah menjadi salah satu asas Rukun Negara dan menerima hakikat pemaktuban hak-hak Bumiputera di samping pemeliharaan hak-hak asasi untuk semua rakyat Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga menegaskan bahawa hak-hak kaum Bumiputera adalah sesuatu yang menjadi asas kepada kontrak sosial yang telah menjadi tongak utama dalam menjamin perpaduan.
Dasar kerajaan selama ini khususnya melalui pendekatan petumbuhan dan kesamarataan kepada pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum serta penyusunan semula ekonomi supaya seimbang telah digubal dengan teliti dan dilaksanakan bersungguh-sungguh untuk memastikan hak setiap rakyat akan terpelihara dan perpaduan negara terus diperkukuhkan.
Apa yang penting ialah kerajaan berlaku adil terhadap semua rakyat Malaysia dengan tidak mengambil kira latar belakang dan keadaan, termasuk sejarah rantau dan kumpulan masing-masing. Datuk seri Mohammad Nazri Abdul Aziz mengesakan agar rakyat tidak mempertikaikan lagi hak dan kedudukan masing-masing di negara ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang boleh menganggu kestabilan negara.
Sumber New Sabah Times.

3 comments:

BURUNG KENARI said...

terbang tinggi si burung nuri,
singah sebentar di atas dahan,
nuri mencari kekasih hati,
lama di tinggal tidak berkawan,
burung nuri hidup kesepian,
rindu teman jauh di perantauan,
marilah kasih marilah sayang,
hiburkan aku yang sedang kesepian.

BURUNG KENARI said...

nuri jantan sedang kesepian,
nuri betina mencari kawan,
buat sangkar diatas dahan,
dahan yang tinggi menjadi pilihan,
nuri jantan segak dan tampan
nuri betina cantik menawan
seperti bunga didalam cawan

Anggun Menawan said...

ku sangat setuju saranan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menyeru kepada semua ahli parlimen harus menghormati keluhuran perlembangaan yang telah menjadi asas rukun negara dan telah termaktub hak2 bumiputera. Gesaan Datuk Seri adalah amat baik bagi mengelakkan berlakunya yang menggangu kestabilan negara. Yeah!..