Thursday, August 21, 2008

Wednesday, August 20, 2008

KERAJAAN TIDAK AMAL DASAR DISKRIMINASI TERHADAP RAKYAT: NAZRI

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, menolak dakwaan kononnya kerajaan mengamalkan dasar diskriminasi yang memecahbelahkan rakyat kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Menurut beliau apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini adalah mengikut apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini sejak negara mula mencapai Kemerdekaan.
Beliau mengesa agar semua ahli yang Berhormat agar menghormati keluhuran perlembagaan yang telah menjadi salah satu asas Rukun Negara dan menerima hakikat pemaktuban hak-hak Bumiputera di samping pemeliharaan hak-hak asasi untuk semua rakyat Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga menegaskan bahawa hak-hak kaum Bumiputera adalah sesuatu yang menjadi asas kepada kontrak sosial yang telah menjadi tongak utama dalam menjamin perpaduan.
Dasar kerajaan selama ini khususnya melalui pendekatan petumbuhan dan kesamarataan kepada pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum serta penyusunan semula ekonomi supaya seimbang telah digubal dengan teliti dan dilaksanakan bersungguh-sungguh untuk memastikan hak setiap rakyat akan terpelihara dan perpaduan negara terus diperkukuhkan.
Apa yang penting ialah kerajaan berlaku adil terhadap semua rakyat Malaysia dengan tidak mengambil kira latar belakang dan keadaan, termasuk sejarah rantau dan kumpulan masing-masing. Datuk seri Mohammad Nazri Abdul Aziz mengesakan agar rakyat tidak mempertikaikan lagi hak dan kedudukan masing-masing di negara ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang boleh menganggu kestabilan negara.
Sumber New Sabah Times.
Terbang tinggi c burung Kenari, terbang tinggi mencari c burung Nuri.